KUALA LUMPUR 23 Mei - Cadangan mengehadkan tempoh penempatan pegawai penguat kuasa di sesuatu kawasan mampu mengurangkan risiko mereka terpengaruh atau terdedah terhadap perbuatan salah laku akibat menjalinkan hubungan dengan sindiket jenayah. Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri (gambar) berkata, tidak dapat dinafikan penempatan seseorang anggota penguat kuasa terlalu lama di sesu atu kawasan boleh menimbulkan masalah lain termasuk bersubahat dengan pihak tertentu dalam kegiatan jenayah. "Memang ada kes penguat kuasa tidak mahu ditukarkan kerana ‘ seronok ’ berada di kawasan tugasan mereka. Mengehadkan tempoh penempatan dapat meminimu mkan risiko mereka terbabit dengan kegiatan jenayah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang menyatakan, kementerian itu akan mengkaji untuk mengehadkan tempoh penempatan pegawai - pegawai penguat kuasa di sesuatu kawasan. Menurut Hasan, langkah itu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan yang dijalankan. Menurut Shafie, selain mengehadkan tempoh perk hidmatan di sesuatu kawasan, beberapa pendekatan lain boleh dipertimbangkan seperti pertukaran dan pendedahan kakitangan kepada lain - lain unit atau tugas dalam kementerian sama yang sekali gus boleh meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan mereka. Selain itu, katanya, kementerian terlibat perlu membuat pemantauan lebih ketat terhadap pegawai atau anggota penguat kuasa mereka yang berbelanja melebihi kemampuan. "Pegawai atau anggota juga wajar didedahkan dengan lebih kerap kepada seminar, motivasi dan persidangan bertujuan meningkatkan keupayaan serta pemahaman terhadap tugas," katanya. Sumber : Utusan
Had tempoh penempatan mampu kurang risiko
- Butiran
- 606