JOHOR BAHARU, 14 Mei (Bernama) -- Sebanyak 66 Pendata ng Asing Tanpa Izin (Pati) warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam. Ketua Penguatkuasanya Kapten Maritim Amran Daud berkata penahanan Pati itu dibuat selepas bot peronda APMM mengesan sebuah bot pancung kayu berlegar di perairan Pengerang, kira - kira 10.30 malam. "Bot itu dikesan berada di 3.6 batu nautika Tenggara Tanjung Punggai dan hasil pemeriksaan mendapati 67 penumpang termasuk tujuh wanita dan dua kanak - kanak berada dalam bot itu," katanya dalam kenyataan Rabu. Mereka yang ditahan berumur antara tujuh bukan dan 56 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Punggai di Kota Tinggi ke perairan Indonesia, katanya. Amran berkata, pihaknya merampas bot pancung itu berserta tiga enjin jenis Yamaha manakala kesemua Pati ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 195 9/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007. APMM Daerah Tanjung Sedili katanya, akan meneruskan rondaan dan pemantauan bagi menyekat kegiatan Pati daripada terus berleluasa bagi memastikan perairan negara selamat dan terkawal. Sumber : BERNAMA
66 Pati Warga Indonesia Ditahan Di Pengerang
- Butiran
- 597