CHERAS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata empat pegawai imigresen yang bertugas di kaunter ketika dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi masuk dan keluar negara ini, tidak digantung tugas kerana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Kita dan panggil dua pegawai imigresen yang semak dokumen dua penumpang berkenaan pada 28 Februari ketika mereka masuk dan dua pegawai imigeresen ketika mereka keluar pada 7 Mac lalu.
"Itu hanyalah untuk sisatan dalaman yang dikendalikan oleh Ketua Pegarah Imigresen, Aloyah Mamat dan Pegawai Kanan Imigresen," pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Polis Diraja Malaysia Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Maktab PDRM di sini, sebentar tadi.
Sumber : Berita Harian