SEPANG: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Aloyah Mamat mengesahkan pihaknya telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika memeriksa dua penumpang yang menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370 pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memeriksa kedua-dua penumpang itu dan mengesahkan imej di pasport sama dengan pembawanya.

"Sistem biometrik tidak dapat mengesan kerana ini merupakan pertama kali kedua-dua penumpang ini masuk ke Malaysia," katanya dalam sidang akhbar mengenai insiden pesawat MH370 di Pusat Media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.