PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan siasatan dalaman dibuat ekoran pembolosan ‘pasport palsu’ oleh dua individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikesan berikutan misteri kehilangan pesawat MH370, awal pagi semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan tersebut akan menyentuh pelbagai aspek khususnya pemeriksaan pasport di kaunter dan pasukan itu diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Aloyah Mamat.

"Di peringkat ini, kita tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan sehinggalah pasukan siasatan ini selesai menjalankan tugas-tugas mereka terutama bagaimana pembolosan boleh berlaku melibatkan dua orang penumpang MH370 yang menggunakan pasport dilaporkan hilang di Thailand," katanya ketika ditemui di Seri Perdana, di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian bolos melibatkan dua pasport yang bukan digunakan oleh pemilik asal, sebaliknya digunakan oleh dua individu lain.

Menurut laporan agensi asing, dua individu, Luigi Marakdi dan Christian Kozel masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai penumpang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) didapati tidak menaiki pesawat berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid mengakui pusat pemeriksaan di KLIA amat ketat dan sukar untuk dibolosi.

"Namun, dalam kes ini pembolosan telah berlaku dan ini yang kita mahu tahu apa sebabnya dan bagaimana boleh berlaku.

"Hasil siasatan akan kita beritahu kepada umum selepas prosesnya dimuktamadkan," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, secara umumnya, setiap pasport antarabangsa terutama di negara ini mempunyai tahap keselamatan yang begitu tinggi dan dilengkapi kod bar serta biometrik.

Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.