SEREMBAN 4 Ogos – Dua pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri selepas disyaki menerima suapan RM3,500.

Suspek masing-masing berusia 26 dan 28 tahun itu diberkas pada pukul 6.10 petang semalam di kawasan pusat beli-belah Terminal One di sini.

Kedua-dua penjawat awam itu disyaki menerima habuan daripada seorang individu yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes peni­puan.

Ia sebagai dorongan kepada dua pegawai berkenaan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua penjawat awam itu dan memberi­tahu, mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, kini direman bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber : Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.