KUALA LUMPUR 20 Julai – Pendedahan berhubung kegiatan sindiket mengutip derma yang dikaitkan dengan kelemahan penguatkuasaan mendapat pelbagai reaksi pengikut laman Facebook Utusan Online.
Rata-rata yang memberi komen bersetuju sindiket itu masih berleluasa akibat sikap lepas tangan agensi penguatkuasaan berhubung isu tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Riswan Rahman berpendapat, sikap pemalas segelintir penguat kuasa menyebabkan isu itu tidak berkesudahan dan dia turut menyamakan mereka seperÂti tukul dengan pemahat yang hanya menjalankan tugas apabila ‘diketuk’.
“Sampai bila? Bila masuk akhbar baru ada penguatkuasaan. Esok lusa ‘lena’ sampai isu masuk akhbar semula,†katanya.
Sementara itu, Rizuan Ismail berkata, keasyikan kakitangan pentadbiran kerajaan berpolitik menyeÂbabkan isu itu tidak menjadi agenda penting pihak penguatkuasaan yang sepatutnya bertungkus lumus membanteras sindiket tersebut.
“Masalah ini timbul kerana kebanyakan pentadbiran di pejabat-pejabat kerajaan asyik nak berpolitik,†katanya.
Irham Shah Azhar pula berkata, negara kini bukan sahaja diancam sindiket mengutip derma dalam kalangan rakyat negara ini malah, turut ‘dipelopori’ oleh warga asing terutama Myanmar dan Bangladesh.
“Sampai bila? Yang dapat kita tengok kutip derma sekarang ini banyak orang luar. Myanmar, Bangladesh dan sebagainya. Saya nasihatkan penguat kuasa tahan dahulu golongan itu sebab dah sakit mata tengok,†katanya.
Sumber : Utusan Online