KUALA LUMPUR 27 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RaÂzak mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan penguatkuasaan mereka bagi mengÂhentikan sebarang penyalahgunaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menjejaskan pengguna.
Najib dalam catatan terbaharu di laman web beliau NajibRazak.com berkata, usaha penguatkuasaan juga termasuk memastikan sebarang kenaikan harga yang dibuat oleh pekedai dan pemilik perniagaan sejajar dengan kadar 6.0 peratus GST.
“Saya telah dimaklumkan bahawa beberapa perniagaan yang tidak bertanggungjawab, besar dan kecil, cuba mengambil kesempatan daripada pengenalan GST dengan menaikkan harga di atas paras kadar 6 peratus.
“Tindakan ini langsung tidak boleh diterima,†katanya.
Menjawab kritikan terhadap GST, Najib berkata: “Saya faham ada yang meluahkan kebimbangan dengan pengenalan GST.
“Bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, menjadi tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang betul bagi semua rakyat Malaysia, walaupun ia kelihatan sukar pada masa itu.
“Pada masa ini, hanya satu daripada 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan peribadi dan penting bagi kita untuk meluaskan asas cukai demi kebaikan ekonomi bagi tempoh jangka panjang.â€
Najib berkata, 23 peratus daripada hasil kerajaan ketika ini disumbang oleh sektor minyak dan gas.
“Seperti yang kita lihat daripada kejatuhan menjunam harga minyak global, Malaysia tidak dapat mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan kepada arus pendapatan ini sahaja.
“Inilah sebabnya mengapa kita mengumumkan pembaharuan sistem cukai, dengan GST menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),†katanya.
Najib menjelaskan lebih lanjut, pengenalan GST akan membantu Malaysia membina sebuah ekonomi yang kukuh, lebih mapan dan telus.
“Ia akan membantu mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur dalam masa depan kita dan membantu menggerakkan pembangunan nasional kita,†katanya.
“Malangnya, daripada berusaha memahami rasional ekonomi dan manfaat jangka panjang yang boleh dibawakan kepada rakyat, sesetengah ahli politik menyerang pengenalan GST, menyifatkannya sebagai satu langkah yang luar biasa dan tidak perlu bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia,†katanya.
GST bukan satu fenomena baharu kerana lebih 160 negara telahpun melaksanakannya dan Malaysia meÂrupakan negara ASEAN kelapan memperkenalkan cukai ini. – BERNAMA
Sumber : Utusan Online
Tarikh : 28 Mei 2015