KUALA LUMPUR 28 Mac - Kira-kira 10 peratus daripada 140,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk penjawat awam yang berkhidmat dengan pasukan itu dikatakan mempunyai masalah integriti.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zubaidah Md. Ismail berkata, pihaknya ketika ini memberi tumÂpuan terhadap golongan tersebut bagi memastikan mereka dapat meÂningkatkan integriti serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
“Selain memberi tumpuan kepada golongan yang kecil ini kita turut memantau barisan hadapan yang memberi khidmat secara terus kepada orang ramai,†katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Walkathon bersama PDRM dengan tema ‘Rasuah Memusnahkan’ di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
Yang hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim serta pengarah-peÂngarah jabatan PDRM yang lain.
Zubaidah memberitahu, usaha bagi memulihkan masalah warga PDRM yang tidak berintegriti akan mengambil jangka masa yang lama.
Sementara itu, Noor Rashid ketika berucap berkata, walaupun haÂnya segelintir yang terlibat dalam gejala tidak bermoral tersebut namun masyarakat akan melihat perkara tersebut secara menyeluruh kepada semua anggota organisasi.
“Hal ini sangat bersesuaian deÂngan peribahasa ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,†katanya.
Sumber : Utusan