IPOH – Polis Perak masih dalam proses merakam keterangan tiga anggota polis yang bertugas di sebuah balai di negeri ini selepas dipercayai terbabit dalam kes meminta wang suapan daripada seorang lelaki sebanyak RM1,000.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, siasatan yang dijalankan masih di peringkat awal dan pihaknya perlu mengumpul semua keterangan serta bukti kukuh sebelum tindakan selanjutnya diambil.
“Kita masih merakam keterangan anggota terlibat, jika terdapat bukti kukuh, tindakan tatatertib akan diambil. Kita sama sekali tidak benarkan mana-mana anggota terlibat dalam kes rasuah,†katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Tiga anggota berkenaan masing-masing berusia antara 23 hingga 58 tahun itu ditahan selepas dipercayai meminta wang suapan bagi satu kes, Selasa lalu.
SOURCE : Sinar Harian