KOTA SAMARAHAN 17 Okt. - Nelayan di daerah Kuching dan kawasan berhampiran digalakkan menggunakan Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjong Bako di sini, bagi mendapatkan insentif pendaratan ikan yang disediakan bermula hari ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, insentif tersebut bagi menggalakkan nelayan dan pengusaha bot mendaratkan ikan di pelabuhan yang terbesar di negara ini, malah tercanggih di Asia Tenggara.

“Setiap pendaratan khususnya penangkapan ikan bagi nelayan zon C2 diberikan insentif sebanyak 20 sen bagi 1 kilogram (kg) dan zon C ke bawah 10 sen bagi 1 kg.

“Kita mahu jadikan pelabuhan ini aktif dengan pengoperasian digerakkan oleh Persatuan Nelayan Negeri Sarawak dan dipantau bersama LKIM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjong Bako pagi ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah LKIM, Datuk M. Saedon Ab. Majid dan ahli-ahli lembaga LKIM.

Pelabuhan Tanjong Bako bernilai RM247.8 juta apabila siap sepenuhnya dijangka mampu meningkatkan pendapatan para nelayan tempatan yang memenuhi piawaian Kesatuan Eropah.

Secara keseluruhan pembinaan pelabuhan itu hampir siap 100 peratus yang mana pertemuan bersama semua persatuan nelayan dan pengusaha bot sedang dijalankan bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan di situ.

source :  Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.