KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan daripada 13 anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa berkata, keterangan daripada kesemua anggota berkenaan diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu sidang media khas bahawa tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz itu.

Enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama  tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta beberapa gambar suspek telah tular di media sosial sebelum sidang media itu diadakan kira-kira 8 malam.

Pada Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu.

source : SINAR  ONLINE 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.