JOHOR BAHRU -  Isu dibangkitkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai keadaan lokap polis di Ayer Molek di sini, yang didakwa busuk dan tidak bersih adalah kes terpencil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, secara keseluruhannya lokap-lokap di negara ini berada ditahap yang memuaskan dan sentiasa ditambah baik.

"Masalah lokap di negara ini kerana ia sudah lama dan akan ditambah baik apabila balai-balai baru disiapkan.

"Saya sendiri sedang memantau perkara ini  dan jangan menilai tahap lokap lokap ini bersandarkan lokap yang hendak ditutup (Ayer Molek)," katanya ketika mengadakan lawatan ke lokap IPD Johor Bahru Utara.

Suhakam dalam satu laporan di sebuah portal berita mengkritik keadaan lokap polis di Ayer Molek di sini, yang didakwa dalam keadaan menyedihkan dan wajar ditutup jika standard yang diterima tidak dapat dikekalkan.

Dakwa Suhakam dalam lawatan badan itu ke pusat tahanan berkenaan menunjukkan ia memberi ancaman kesihatan terhadap tahanan.

Dalam kenyataan itu juga, Suhakam mendakwa tahanan tidak diberikan air dan makanan mencukupi.

source : sinar online 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.