KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan dialu-alukan untuk terus melaksanakan pemeriksaan  di kantin-kantin sekolah memastikan tahap kebersihan memuaskan.

Ia susulan arahan penutupan kantin Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, di sini untuk tempoh 14 hari.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemeriksaan perlu dibuat dengan lebih kerap memastikan kebersihan kantin lebih konsisten.

Menurutnya, ia demi kesihatan murid yang kebanyakannya bergantung dengan makanan yang dijual di kantin pada waktu rehat.

"Kantin SK Bukit Pantai diarahkan tutup pada 16 hingga 29 Ogos untuk kerja-kerja pembersihan kerana hasil pemeriksaan dibuat mendapati kebersihannya tidak dalam keadaan baik.

"Namun kita akan minta untuk ia dilihat semula selepas seminggu sekiranya boleh dibuka semula untuk kemudahan murid-murid," katanya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan makanan di SK Bukit Pantai, di sini hari ini.

Seramai 930 murid menerima sumbangan biskut dan susu daripada Umno Bahagian Lembah Pantai untuk dua hari dan bantuan susulan akan diusahakan minggu depan sekiranya operasi kantin masih di tutup.

Raja Nong Chik, berkata, bantuan berkenaan bagi memastikan murid tidak kelaparan lebih-lebih lagi mereka yang tidak membawa bekalan harian.

"Kebanyakan murid datang dari Pantai Dalam jadi dengan bantuan kecil-kecilan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka," katanya.

sorce  :  Sinar Online 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.