Bidaan RR catat sejarah

SEBANYAK RM12.2 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan 'RR' sekali gus kutipan tertinggi dalam sejarah 42 tahun agensi itu.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd Tarmizi Ghazali berkata, untuk sembilan nombor pendaftaran saja iaitu iaitu RR2 sehingga RR10 yang juga dikenali sebagai 'Nombor Emas', jabatan itu berjaya mengumpul RM2.6 juta.

Tarmizi berkata, sebanyak 7,969 tawaran diterima untuk RR sejak tender dibuka dari 5 hingga 19 Jun lalu, namun hanya 2,253 berjaya.

"Bagi 'nombor menarik' kita menjual 5,722 nombor dalam tempoh kurang daripada dua minggu dan hanya berbaki 2,024 nombor.

"Nombor pendaftaran kenderaan RR dijual dengan jumlah purata 440 dijual setiap hari melalui portal rasmi jabatan dan kaunter di seluruh negara.

"Nombor ini menjana hampir dua kali ganda nombor pendaftaran RM yang menerima jumlah kutipan tertinggi sebanyak RM7.1 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nombor pendaftaran RR1 dikhaskan untuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Golongan diraja lain yang membida untuk nombor pendaftaran RR ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang memenangi dua nombor iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah tawaran berjumlah RM856,780.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memenangi tawaran RR11 bernilai RM268,400.

SOURCE  :  My  Metro

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.