Peras ugut Bebas 10 minit enam anggota polis ditahan semula

KUCHING: Kelegaan enam pegawai dan anggota polis yang ditahan reman sebelum ini untuk membantu siasatan kes peras ugut, hanya bertahan selama 10 minit.

Ini kerana sebaik keluar dari Mahkamah Majistret Kuching, mereka ditahan semula untuk membantu lagi siasatan kes lain pula.

Tangkapan semula tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, bagi membantu siasatan kes yang dilaporkan di Balai Polis Sekama.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar mengesahkan tangkapan semula tersebut, sebentar tadi.

Lima anggota dan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor itu, sebelum ini ditahan reman sejak 9 Ogos selama lima hari, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memeras ugut orang awam.

Terdahulu, Dev berkata tangkapan terhadap keenam-enam suspek dibuat selepas dua individu membuat laporan polis berhubung perbuatan jenayah yang dilakukan mereka di Batu Kawa, Sematan, Lundu.

Keenam-enam mereka ditangkap dalam satu operasi khas yang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9 IPK Sarawak pada 9 Ogos.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

source  :  Astro Awani 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.