KUALA LUMPUR 31 Julai - Kesemua 25 kementerian mencapai tahap cemerlang pada tahun lepas berbanding dua tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1.

Menurut intisari laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan yang terkandung dalam laporan audit itu, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan.

"Pada tahun 2016, semua 25 (100 peratus) kementerian mencapai tahap cemerlang berbanding 16 (64 peratus) dan 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementerian pada 2015 dan 24 kementerian pada 2014," menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) di 25 kementerian, 18 jabatan Persekutuan yang diaudit secara tahunan dan 38 badan berkanun Persekutuan yang diaudit secara pusingan tiga tahun.

Ia bagi menilai sama ada pengurusan kewangan mereka telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan

 Source :  Utusan Online 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.