RIBUAN majikan dan pendatang asing tanpa izin menunggu beratur di Jabatan Imigresen bagi melakukan permohonan e-Kad di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA 29 Jun - Suasana pekarangan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini seolah-olah di luar negara apabila ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) hadir untuk melakukan pendaftaran Enforcement Card atau e-Kad menjelang tempoh tamat yang berakhir esok.

Walaupun tempoh permohonan e-Kad mula dibuka sejak 15 Februari lalu, tetapi terdapat segelintir majikan dan pekerja asing suka melakukan permohonan pada saat-saat akhir sekali gus menyebabkan kaunter imigresen sesak.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Khair Yahya berkata, pihaknya telah membuka kaunter paling maksimum termasuk melanjutkan waktu urusan sehingga 3 pagi bagi mempercepatkan urusan e-Kad.

“Kami menjangkakan peningkatan permohonan pada hari ini memandangkan tinggal sehari sahaja lagi untuk pekerja asing memohon e-Kad.

Sumber : Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.