PETUGAS Subtek Zon Tengah, Konstabel Abdul Fattah Abd. Malek membantu menukar tayar kereta pengguna Lebuhraya Utara Selatan yang pancit dekat Taiping hari ini. - UTUSAN ONLINE

IPOH 27 Jun - Sebanyak 53,101 saman trafik dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan bermula 18 Jun sehingga hari ke sembilan operasi itu semalam.

Ketua Operasi Subtek Zon Tengah, Superintenden Mohd. Radi Abd. Rahman berkata, jumlah yang melibatkan pengguna jalan raya di Perak, Kuala Lumpur dan Selangor itu menunjukkan penurunan sebanyak 15,701 saman berbanding tahun sebelumnya iaitu 37,400 saman.

Katanya, saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 11/2017 melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 14,965

saman diikuti tidak mematuhi lampu isyarat (1,000) dan menggunakan alat komunikasi (558).

“Terdapat penurunan kemalangan maut iaitu sebanyak 22 kes atau 37 peratus dan penurunan kematian sebanyak 23 kes atau 38 peratus di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Perak berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Bagaimanapun terdapat peningkatan jumlah kemalangan sebanyak 729 kes atau 12 peratus iaitu 6,800 kemalangan pada tahun ini berbanding 6,071 kemalangan tahun lalu,” katanya hari ini.

Resource : Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.