TAPAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan nombor telefon yang dikhaskan untuk orang awam membuat aduan menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, pengguna jalan raya boleh menghantar aduan mengenai pengguna lain ke talian 011-5111 5252.

“Hantar gambar dan maklumat mengenai pengguna tersebut,” katanya kepada pemberita di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah selepas memeriksa aliran trafik Leburaya Utara Selatan melalui udara pada Jumaat.

“Kami juga meminta penumpang bas untuk melaporkan syarikat bas yang tidak mempunyai pemandu kedua bagi perjalanan melebihi empat jam.

“Secara alternatif, mereka boleh menghantar emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.,” katanya.

Kata Nadzri, strategi penguatkuasaan terbaru itu akan diguna pakai sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2017 sehingga 2 Julai ini.

Strategi itu dibuat bagi meningkatkan kesedaran pesalah jalan raya bahawa mereka boleh ditahan atas kesalahan yang dilakukan.

“Kita mahu pengguna jalan raya untuk menjadi lebih beradab dan mematuhi undang-undang.

“Jika berkesan, JPJ akan kekalkan saluran aduan melalu Whatsapp ini,” katanya yang mendedahkan JPJ telah menerima 22 aduan setakat Khamis.-MS.

Sumber : Orang Muda TV

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.