PUTRAJAYA: Polis dari Unit Jenayah Berat dalam keterangan hari ini berkata mereka tidak menyaksikan sebarang kekerasan terhadap tahanan, S Balamurugan, di Balai Polis Bandar Baru Klang.
Inspektor Vickneswaran Poobalan berkata Balamurugan masih boleh bercakap ketika meninggalkan balai itu antara 8.10pm dan 8.15pm pada 6 Februari.
“Dia beritahu saya, ‘Tuan, kita selesaikan di sini’. Saya beritahu dia, kamu sudah tua, lebih baik duduk diam-diam,†katanya, dan menambah Balamurugan kelihatan sihat sepanjang masa beliau di balai polis, sehinggalah dia meninggalkan tempat itu.
Vickneswaran berkata demikian di pendengaran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi menentukan sama ada salahlaku polis membawa kematian Balamurugan pada 8 Februari.
Balamurugan dan 2 individu, Tamilasan Karapiah dan seorang remaja, Ang, ditahan di Jalan Batu Belah, Klang, oleh 2 unit peronda berkenaan curi kereta pada 6 Februari.
Ketika tangkapan, anggota memanggil sebuah van peronda yang tiba bersama 4 anggota lain.
Mereka kemudian membawa 3 suspek itu ke Balai Polis Bandar Baru Klang.
Balamurugan meninggal dunia di IPD Klang Utara.
Ahli patologi mengesahkan beliau meninggal dunia kerana daya hentakan tumpul yang menyebabkan serangan jantung.
Vicknesawaran berkata beliau orang pertama yang tiba di balai polis untuk mengenal pasti Tamilasan, yang merupakan suspek utama. Beliau tiba 7.40pm.
Beliau berkata apabila ternampak suspek, mereka bersama 2 anggota peronda dan 3-4 lelaki lain berkemeja T.
Beberapa minit kemudian, Sarjan Rizal Abdullah, Korporal Mohd Freddy Sany Abdullah, Korporal Mohd Fuad Bahadin dan Inspektor Mohaneswaran Thiagarajah tiba, tetapi beliau bersama anggota unit peronda, bercakap mengenai Tamilasan.
“Kami memang mencari Tamilasan,†katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah semasa bercakap dengan 2 anggota peronda mengenai telefon bimbit Tamilasan, beliua terdengar bunyi yang kuat dari arah tahanan disimpan.
“Ia sebuah bilik kecil dan kami tak pasti bunyi apa,†katanya.
Beliau menambah apabila terdengar bunyi itu, beliau segera keluar dan tanya mereka apa yang berlaku.
“Tetapi mereka cuma tengok saya.
“Pada masa itu, salah seorang dari mereka beritahu Ang akan membantu kami mengenalpasti lebih ramai suspek di Banting,†katanya.
“Selepas mendapat persetujuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kami (Fuad, Freddy, Rizal dan Vickneswaran) meninggalkan bangunan itu.â€
Beliau memaklumkan pegawai yang bertanggungjawab ke atas balai itu (OIS), ASP Harun Abu Bakar, yang beliau ke Banting bersama Ang.
Vickneswaran menambah beliau ke Balai Polis Klang bukan untuk soalsiasat, tetapi “mengenalpasti Tamilasan dan berbualâ€.
Freddy dan Rizal, yang dipanggil sebagai saksi hari ini berkata ketiga-tiga tahanan kelihatan dalam keadaan baik apabila mereka tiba di situ dan meninggalkan balai polis bersama Vickneswaran ke Banting.
Rizal berkata bunyi yang didengari Vickneswaran itu apabila Mohaneswaran menaikkan suara terhadap Balamurugan.
Beliau berkata walaupun mereka dalam Unit Jenayah Berat, mereka tidak menggunakan keganasan terhadap tahanan.
“Kami naikkan suara kami,†katanya.
Beliau berkata dan Freddy berkata Harun berada di balai itu apabila mereka meninggalkan tempat itu pada 8.10pm.
Tetapi, Harun berkata beliau hanya tiba pada 8.35pm dan meninggalkan balai pada 9.10pm.
“Saya ke balai selepas diberitahu ada kes curi,†katanya.
“Saya nampak 3 tahanan. Semua okay. Mata okay. Tetapi mata Tamilasan merah. Saya syak kerana arak. Saya nampak Ang sedang duduk.
“Saya bercakap dengan mereka ketika saya berada 1.5m dari mereka.â€
Beliau berkata Vickneswaran dan Mohaneswaran berada di balai polis ketika itu.
“Saya tak dengar sebarang jeritan. Pintu pejabat saya terbuka, dan saya nampak mereka bercakap dengan tahanan, tetapi saya tak nampak tahanan.
“Apabila saya pergi, Ang tidak berada di situ. Saya nampak lagi 2 (Tamilasan dan Balamurugan) sedang tidur. Saya tanya keadaan mereka. Tamilasan kata baik. Balamurugan angguk kepalanya.â€
Harun berkata Balamurugan kelihatan lemah kerana dia minum arak.
Beliau tidak bertindak terhadap mereka kerana kes itu bukan bidang kuasanya. Semua kes jenayah ditangani IPD Klang Utara.
Keterangan polis hari ini bercanggah dengan Ang dan Tamilasan, yang memberi keterangan semalam mengatakan mereka ditumbuk dan ditendang semasa proses soalsiasat yang pendek itu.
Tamilasan menambah Balamurugan juga ditendang dan ditumbuk semasa disoalsiasat di IPD Bandar Baru Klang.
CCTV balai tidak berfungsi
Ketika ditanya mengenai kamera litar tertutup di balai polis itu, termasuk tempat tahanan disimpan, Harun berkata kemudahan itu dipasang oleh OIS sebelum ini.
Beliau mula bekerja di balai polis itu pada Januari.
“Ia tak merakam. Ia dipasang untuk menghalang kakitangan daripada ambil barang kakitangan lain.â€
Beliau berkata hanya beberapa pegawai, termasuk dirinya, tahu CCTV tidak berfungsi.
Beliau menambah CCTV itu diperoleh dari pemilik hartanah yang menyerahkannya kepada OIS terdahulu secara rela hati.
“CCTV itu bukan dari pengusaha judi di sebuah kedai. Pemilik kedai itu yang beri kepada kami,†katanya.
Tiada rekod Unit Jenayah Berat
Lans Korporal Mohd Farid Abd Kadir yang bertugas ketika 3 tahanan dan mereka dari Unit Jenayah Berat tiba.
Bagaimanapun, beliau tidak merakam nama, atau waktu keluar masuk mereka dari unit itu kerana sibuk melayan orang yang mahu membuat laporan polis.
“Saya tidak tanya nama mereka kerana saya berada di kaunter depan mengambil laporan. Saya diberitahu ia mengenai tangkapan oleh unit peronda.â€
Farid menambah beliau boleh memeriksa keadaan tahanan atau bertanyakan nama mereka dari unit itu, tetapi tidak berbuat berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau menghubungi OIS dan memaklumkan mengenai tahanan dan mereka dari unit itu.
Dari ingatannya, beliau nampak mereka dari unit itu tiba di balai antara 7.30pm dan 7.40pm.
“Mereka tutup pintu. Saya tak dengar perbualan mereka.â€
Beliau berkata Harun tiba pada 8.30pm.
“Saya beritahu Inspektor Vickneswaran ada disitu.
“Inspektor Vickneswaran dan lain-lain hanya membawa Ang pergi selepas OIS tiba.â€
Seramai 23 saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes ini.
Pendengaran bersambung esok.
Sumber : MSN News