JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui tujuh kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak sempat dipasang menjelang musim perayaan ini.

Sebagai ganti, kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron, pihaknya akan menempatkan anggota penguatkuasaan di tujuh lokasi berkenaan dan menggunakan radar pengesan kelajuan bagi mengesan kenderaan yang melanggar had kelajuan.

"Ketujuh-tujuh lokasi dikenal pasti untuk pemasangan kamera AES, namun masih belum dipasang dan beroperasi. Dijangka kesemua kamera ini dipasang tahun depan," katanya kepada China Press.

Tujuh lokasi yang akan dilengkapi kamera AES ini adalah di KM151.4 Lebuh raya Plus -Pagoh; KM299.9 Lebuh raya Plus- Kampar; KM 17 Gua Musang - Kuala Krai; KM 96.3 Lebuh raya Plus - Kuala Muda; KM 256.1 Lebuh raya Pantai Timur 2; KM288.6 Lebuh raya Timur 2 dan KM146.8 Lebuh raya Plus - Pagoh.

JPJ memilih lokasi-lokasi berkenaan memandangkan ia adalah 'kawasan hitam' yang berisiko tinggi berlaku kemalangan.

Sumber : Sinar Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.