Pegawai berusia 46 tahun itu ditahan semalam selepas dia meminta dan menerima RM5,000 sebagai dorongan untuk melepaskan seorang warga asing yang tidak memiliki permit kerja yang sah.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan adalah seorang lelaki warga Bangladesh kerana dipercayai telah bersubahat dengan pegawai polis tersebut.

Kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 6 petang di Taman Prima Selayang, Batu Caves.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 5 April ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi,jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut. - UTUSAN ONLINE