KUALA LUMPUR, 28 Feb: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menyiasat kes kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Sabtu lalu.

EAIC berkata ia telah membentuk pasukan penyiasat untuk antara lain mengenal pasti sama ada wujud kejadian salah laku termasuk perlakuan jenayah oleh pegawai polis semasa mengendalikan tahanan itu.

Ia berkata tahanan berkenaan M. Thanaseelan, 43, ditangkap bersama dua individu lain pada 22 Feb lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pencerobohan/pecah rumah.

EAIC dalam satu kenyataan berkata dia didapati tidak sedarkan diri di dalam lokap kira-kira 1.50 pagi pada 25 Feb dan disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan bertugas dengan bedah siasat dilakukan pada 27 Feb di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan akan dijalankan dengan komprehensif, telus, tanpa prejudis dan tidak berpihak kepada sesiapa,” kata suruhanjaya itu.

Resource: The Malaysian Times

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.