KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini, mengesahkan seorang kakitangannya antara anggota 'Geng Tuah' yang ditahan polis kerana dipercayai terbabit dengan sindiket memalsukan dokumen kerajaan, baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Mohd Shukri Mohd Salleh, dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana perkara itu masih dalam siasatan. "Tetapi, ingin ditegaskan, ita tidak sesekali menyokong sebarang aktiviti seumpamanya. "Pos Malaysia akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya mengulas laporan media yang mendakwa pembabitan seorang kakitangan Pos Malaysia dengan sindiket pemalsuan dokumen penting dan lesen itu. Mohd Shukri berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan kes berkenaan. Katanya, Pos Malaysia sudah mengambil langkah proaktif, termasuk mengutamakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan sebarang aktiviti penyelewengan. "Kita juga sering menekankan kepada kakitangan supaya lebih berlaku jujur dalam mengendalikan dokumen penting. "Selain itu, kita juga akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti taktik pemalsuan terbaharu dan jika perlu, kita akan menyemak semula SOP sedia ada," katanya. Terdahulu, polis menahan lapan individu, termasuk seorang menggunakan gelaran "Datuk Seri Panglima" dan dua kakitangan kerajaan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket memalsukan dokumen kerajaan. Kumpulan itu dipercayai terbabit dalam pemalsuan, antara lain kad pengenalan, cukai jalan serta kegiatan klon kereta mewah di Perak. Sumber : Berita Harian Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.