KUANTAN 26 Jan. - Laksamana Muda Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dilantik sebagai Panglima Wilayah Laut 1 yang baharu menggantikan Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid berkuat kuasa hari ini.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1), Tanjung Gelang di sini dengan disaksikan Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli.
Azhari pula bakal mengambil alih jawatan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur menggantikan Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Abdul Karim pada 3 Februari ini.
Sementara itu, Mohamad Roslan dalam ucapannya berharap Mawilla 1 terus gagah menongkah arus cabaran dengan meneruskan kecemerlangan markas tersebut.
Sumber : Utusan Online