KUALA LUMPUR, 18 Nov  -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mengumumkan pelantikan Norhayati Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Setiausaha EAIC berkuat kuasa Isnin lepas.

Pengerusi EAIC Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Norhayati sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sejak 2017.

Beliau berkata Norhayati juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2015 hingga 2017) dan Timbalan Ketua Pengarah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (2014 hingga 2015).

Norhayati menggantikan Mohamad Onn Abdul Aziz yang telah kembali bertugas ke Jabatan Peguam Negara pada 2 Mei lepas.

“EAIC mengucapkan tahniah dan yakin pelantikan ini akan dapat memperkasakan usaha dan komitmen EAIC dalam memartabatkan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan seliaan EAIC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber : BERNAMA

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Keseluruhan 11193