KUALA LUMPUR 20 Julai – Pendedahan berhubung kegiatan sindiket mengutip derma yang dikaitkan dengan kelemahan penguatkuasaan mendapat pelbagai reaksi pengikut laman Facebook Utusan Online.
Rata-rata yang memberi komen bersetuju sindiket itu masih berleluasa akibat sikap lepas tangan agensi penguatkuasaan berhubung isu tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Riswan Rahman berpendapat, sikap pemalas segelintir penguat kuasa menyebabkan isu itu tidak berkesudahan dan dia turut menyamakan mereka seper­ti tukul dengan pemahat yang hanya menjalankan tugas apabila ‘diketuk’.

“Sampai bila? Bila masuk akhbar baru ada penguatkuasaan. Esok lusa ‘lena’ sampai isu masuk akhbar semula,” katanya.

Sementara itu, Rizuan Ismail berkata, keasyikan kakitangan pentadbiran kerajaan berpolitik menye­babkan isu itu tidak menjadi agenda penting pihak penguatkuasaan yang sepatutnya bertungkus lumus membanteras sindiket tersebut.
“Masalah ini timbul kerana kebanyakan pentadbiran di pejabat-pejabat kerajaan asyik nak berpolitik,” katanya.

Irham Shah Azhar pula berkata, negara kini bukan sahaja diancam sindiket mengutip derma dalam kalangan rakyat negara ini malah, turut ‘dipelopori’ oleh warga asing terutama Myanmar dan Bangladesh.

“Sampai bila? Yang dapat kita tengok kutip derma sekarang ini banyak orang luar. Myanmar, Bangladesh dan sebagainya. Saya nasihatkan penguat kuasa tahan dahulu golongan itu sebab dah sakit mata tengok,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.