Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, EAIC akan melakukan siasatan berhubung aduan pencerobohan bot pukat kenka di Kuala Kurau Perak. Ia berikutan sejumlah 86 aduan yang diterima pihak Agensi Panguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, namun tiada langkah penguatkuasaan berkesan diambil oleh agensi berkenaan. Setiausaha EAIC, Kamal Baharin Omar dalam satu kenyataan berkata, aduan diterima suruhanjaya itu daripada persatuan dan nelayan pantai. Siasatan berkaitan kelemahan dan ketiadaan penguatkuasaan udang-undang atau peraturan pelesenan bot pukat kenka oleh APMM dan Jabatan Perikanan. EAIC mendapati, aduan itu signifikan dan mempunyai kepentingan awam. Saksi nelayan dan pegawai agensi terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan. Siasatan dibawah Seksyen 31 yang dibaca bersama Seksyen 28, Akta Suruhanjaya Integriti.

Sumber : Berita TV3

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.