Bukit Mertajam: Sebelas lelaki termasuk pegawai Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Pulau Pinang ditahan polis sejak 14 hingga 27 Mac selepas disyaki terbabit dengan kes pecah amanah berjumlah RM9.5 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata, tangkapan pertama dilakukan di tempat kerja suspek sebelum membawa kepada beberapa tangkapan susulan.
Katanya, modus operandi kumpulan itu ialah mengeluarkan stok beras dari gudang tanpa pengetahuan pihak pengurusan sebelum menjualnya kepada orang tengah.
Resource : Harian Metro